بسم الله الرجمن الرجيم
Semakin hari, kita melihat seorang ulama “celup” semakin bermaharajalela menyesatkan ustaz-ustaz lain yang tidak sebulu dengannya. Dengan mudah ustaz-ustaz tersebut dicop sebagai wahabi. Ianya adalah satu fenomena yang membuatkan umat islam di negeri Sembilan menjadi gelisah. Mereka tertanya-tanya, siapakah yang benar dalam perbalahan ini. Bekas mufti NS pernah melakukan usaha untuk mengurangkan ketegangan ini dengan menariknya ke dalam majlis fatwa ns. Apa yang berlaku, membuatkan ia semakin bongkak dan takabbur.
Bagi mereka yang tidak kenalnya secara dekat atau yang pernah mengenalinya dan masih lagi berguru dengan ulama celup ini, Blog ini diterbitkan khusus untuk berhadapan dengan ustaz celup ini dan kita akan bongkarkan wajah sebenarnya yang begitu sombong menyesatkan sesiapa yang boleh menandingi kehebatannya.
Ulama yang berilmu dan beramal, adalah seorang yang tawadhuk apabila berhadapan dengan teman teman yang berilmu. Mereka ini adalah pewaris nabi. Sikap yang ditunjukkan oleh ulama celup ini menggambarkan sikapnya yang sangat takabbur, sombong dan suka memuji diri sendiri.
Kata orang Don't Judge The Book By The Cover. Makna kata jangan cepat terpesona dengan orang yang hanya nampak gah apabila bercakap, boleh mendirikan sekolah besar, pengikutnya ramai, ulama luar negara ramai yang datang ke sekolahnya tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang suka memfitnah, mentohmah dan menabur racun berbisa yang meracuni pemikiran umat islam negeri sembilan.
Pasti ada yang menganggap pembongkaran yang bakal menghiasi blog ini, sebagai fitnah jahat untuk menjahamkannya, dan tidak kurang juga akan dianggap sebagai satu konspirasi.
Dan pasti juga, tidak kurang akan mengeluh bahawa blogger ini bertindak bodoh kerana membuka pekung ulama sendiri. Tapi inilah harga yang perlu dibayar apabila kita mahu menegakkan kebenaran.
Biar apapun tanggapan orang, namun kebenaran perlu diluah. Berkatalah benar biarpun pahit.....bukankah kita semua mahukan kebenaran ? Lebih lebih lagi perkara yang bersangkutan dengan hubungan kita dengan tuhan kita.
